Wednesday 25 October 2017

MAJLIS PERPISAHAN STAF AKP PN. MARLINA BINTI LASAMA


MAJLIS PERPISAHAN STAF AKP PN. MARLINA BINTI LASAMA




Tarikh
:
05 OKTOBER 2017



Masa
:
9:30 – 10:30 Pagi



Tempat
:
BILIK E-LAB, SMK ELOPURA

Laporan Am :

Pada 05 Oktober yang lalu, warga SMK Elopura telah mengadakan satu majlis perpisahan sempena pertukaran sekolah oleh seorang staf AKP yang bertugas sebagai pembantu makmal iaitu Pn. Marlina Binti Lasama. Permohonan beliau untuk bertukar atas dasar mengikut suami telah diluluskan dan beliau akan berpindah ke sekolah SMK Sindumin, Sipitang. Kehadiran warga guru SMKE diwakili oleh sekolah sesi petang dan telah menambahkan lagi seri perjalanan majlis yang diadakan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi kelab kebajikan Staf 2017, Ustaz Muhammad Bin Mohd Noor dan diiringi dengan bacaan doa. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Pn. Pengetua sebagai menghargai jasa dan peranan beliau dalam organisasi disamping ucapan tahniah atas pertukaran beliau. Seterusnya ucapan diteruskan pula oleh orang yang diraikan Pn. Marlina lasama. Dalam ucapannya beliau menyampaikan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir yang telah banyak memberi peluang kepada beliau untuk menimba ilmu dalam menjalankan tugas beliau di sekolah. Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan guru dan akp yang selama ini telah banyak membantu.

Majlis diteruskan dengan sesi pemberian hadiah dari pihak pentadbir, wakil SSeMS, wakil bidang dan Kelab KKS.

Majlis ditutup dengan sesi bersalam-salaman dengan warga SMKE yang hadir.






MAJLIS PERPISAHAN STAF AKP PN. MARLINA BINTI LASAMA

MAJLIS PERPISAHAN STAF AKP PN. MARLINA BINTI LASAMA Tarikh : 05 OKTOBER 2017 ...